SPEC 57 ATAU FZ NI LAJU KE TAK UNTUK LC135 NI???
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA
saya nak kongsi sikit ilmu pasal spec geli geli 57 atau fz ni , spec ni sebenarnya laju sekiranya dibuat full spec tukar barang A to Z mmg laju , boleh saing saing dgn spec 62/63 tapi ada perlu dibuat dan ada caranya … semua moto yang di upkan spec semua sedap dan laju tapi semua bergantung kepada barang yang dipakai dan bagaimana pomen tu setkan spec tu … jangan main hantar je motor dkt bengkel pastu ckp nak up spec sekian sekian … sekali kena tiaw dgn bengkel , moto dah keluar modal bnyak , moto tak laju laju sbab apa? … pomen takde pengalaman , pomen baru nak belajar itu jadi satu hal…. berdasarkan pengalaman untuk spec 57 basic mmg sedap dan ringan , minyak pun saving takde parak mana lepastu senang nak jaga , dan boleh digunakan untuk kegunaan seharian berbeza dengan moto stndard sedikit ….
untuk spec 57 ni dia ada basic , pro dan advance
spec 57 basic / atau untuk kegunaan harian
spec 57 basic ni takbnyak barang yang ditukar hanya sperti blok 57 , piston stndrd fz , cam , head stndrd , spring valve , grindvalve , sealvalve , carb stndrd cuma ejas pj dan mj , manifold 28mm ekzos .. tapi lain kedai lain bengkel lain package untuk spec 57 basic ni tak sama
ramai yg tanya kenapa moto tak pergi , gear 4 mati ?
sebenarnya spec 57 basic ni untuk sedap sedap bawak seharian je bukan untuk racing sahaja , kalau untuk racing boleh mungkin bila bawak moto tu ada rasa kurangnya , kalau nak sedap untuk beracing lebih baik buat spec 57 pro atau advance , ada tapinya spec 57 pro dan advance tambah duit sikit dah boleh up terus 62/63 , cita rasa masing masing …
tukar blok sahaja pun dah ada rasa kelainan dari standrd , pickup mungkin rasa lebih padu lagi dari stndrd , untuk capai meter 0-100km/h lebih cepat berbanding dengan stndrd tapi topspeed dan gear 4 mati sbb tukar blok sahaja , yg lain pakai barang stndrd pun tkguna juga , powertu tak sampai.
sekurang kurang head stndrd porting ikut cara pomen itu sendiri , pastu tukar cam racing hi cam ke low cam ke cam custom ke tak kesah jenama apa tapi sesuai untuk spec 57 , carb 26 28 mm dah sedap untuk spec 57 , set mj pj angin , spoket , cdi , piston semidome atau dome , spring valve , grind valve , sealvalve , ekzos 28mm cutting stndrd pun dah okay , nak cun lagi buat cr , dailcam dan naik dyno untuk tahu apa kekurangan yang ada pada moto , apa apa pun semua bergantung pada pomen yang set
SARANAN UNTUK YANG KAKI RACING!!
lebih baik up spec 6+ keatas , sbab spec 57 lebih kepada untuk buat daily used dan santai santai , kalau nak buat tiada masalah tapi jangan ada perasaan rugi dalam diri tu , spec 57 boleh saing dengan spec 62/63 bergantung kepada pomen dan joki
nak main moto , nak moto laju , nak moto sedap … modal pun kena keras boss , mana ada modal atas angin moto laju , alhamdulillah takpernah dengar lagi mcmtu
SEKIAN DARI SAYA , MAAF KALAU ADA KEKURANGAN
Ulasan
Catat Ulasan